Wednesday, February 3, 2010

Kumpulan Facebook EX Smdb

As Salam dan Salam Sejahtera kepada warga Ex-SMDB... Harap dapat mendaftar di Kumpulan Facebook Ex-SMDB yg diasaskan oleh Saudari Hartini Razlan (batch 85-89). Terima Kasih kepada beliau. Klik di sini untuk menjadi ahli http://klik.sinilah.com/smdb

Thursday, December 31, 2009

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2009



Di petik dari laman Wikipedia

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Saturday, November 7, 2009

PROGRAM ISLAH DIRI & TAHFIZ CUTI SEKOLAH

Assalaamualaikum
Bagaimanakah anak-anak anda akan menghabiskan cuti persekolahannya padahujung tahun ini? Isikan masa percutian anak-anak anda dengan manfaat yang berkekalan didunia dan akhirat - Program pengisian kerohanian dan ilmu asas islam yang wajib diketahui oleh anak-anak serta remaja. Tahfiz Ar-Ruqaiyyah buat kali keduanya akan menganjurkan Program Islah Diri & Tahfiz Cuti Sekolah pada hujung tahun ini mulai pada 06 Disember
sehinggalah 27 Disember 2009 (3 minggu), bertempat di; Madrasah Tahfiz Ar-Ruqaiyyah, Lot 3682, Jalan Rizab Hj.Tomi,
Kampung Bukit Cherakah, 45800 Jeram,
Kuala Selangor. Yuran pendaftaran berjumlah RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) meliputi penginapan, asrama dan pengajian selama 3 minggu. Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke program ini, anda boleh
menghubungi Mudir Madrasah, Ustaz Muhammad Fetri Al-Hafiz 012-3520535.
Jumlah peserta adalah terhad kepada 30 orang sahaja termasuk perempuan.
Sila war-warkan juga kepada sahabat-sahabat yang lain yang berminat.

Friday, October 2, 2009

Mesej Daripada Safuan Ibrahim

Aku dapat sms dari Safuan...... katanya:


Saya nak jemput makan-makan sempena raya bermula lepas Asar hingga malam pd Sabtu (03.10.09). Harap tidak di uzurkan

 Kawan-kawan... jgn lupe ye!!!!!!



Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA

 
Salam Hari Lebaran kepada semua warga Ex SMDB... 
Pesanan dari rakan kita Zainah Bte Alias 84
Jemputan ke jamuan hari raya 27.09.2009 din Kompleks Japerun Rim, Jasin dari 10am - 03.00pm.

Sunday, August 2, 2009

Gambar Reunion Kali Pertama

         Salam... Kepada semua warga ex-SMDB....Dah lama betul aku tak menjengok blog nie...  Kebetulan aku balik ke Jasin... Kononnya nak mengemas rumah... Sambil-sambil mengemas.. terjumpalah sekeping gambar... Kalau x silap aku.. gambar ni mrupakan perjumpaan kali pertama Ex-Smdb 84.... Kalau mengikut perkiraan tahun... Masa tu.. kita baru meninggalkan alam persekolahan +-4 tahun... Maknanya umur ketika tu baru mencecah 21 tahun... Patutlah ceria semuanya... baru dapat "lesen"...
        Masa tu... kebanyakan dari kita... ada yang dah bekerja dan ada yang masih belajar.... Kalau yang dah berkahwin tu.. aku kurang pasti... Masa tu mood hari raya masih kuat lagi... Apa taknya... perjumpaan dibuat pada hari raya ke 4 (tolong betulkan kalau tersilap)...Menunya pun menu hariraya... Dan bagi aku sendiri... ketika tu .. merasalah beraya kat General Hospital.. di KL.. siap masuk besi lagi kat bahu kiri... Hari Raya Ke 2 baru dapat balik ke rumah.... Wahid yang beritahu aku berkenaan perjumpaan itu.
        Aku cuba nak menguji ingatan aku terhadap kengkawan... Kalau salah tolong betulkan yek!
Baris belakang dari kiri : Jeggar, Zainah Alias, Geok Ai, Azilah, Roslina, Zaritah.....
Baris Tengah dari kiri : Jaafar, Arip, Dollah Sani, Codet, Mat Seman, Anuar Kasim, James, Farizah dan Amraa.
Baris Depan dari kiri: Aku, Sabki, Zairi, Nizam, Zaili dan Wahid...

Salam ingatan dari aku...Yann (Amran bin Aris)